Sunday, 14 July 2013

Happy Ramadhan :)

Assalamualaikum,

Ramadhan is coming again ! :)
Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasai lagi bulan Ramadhan 
Alhamdulillah masih dipanjangkan umur dan sihat fizikal mental
Alhamdulillah Allah masih beri peluang dan peluang dan peluang .... untuk perbaiki diri
* sebak*

5 Ramadhan 1434H
Rasanya belum terlambat nak wish HAPPY RAMADHAN :)
and guys, marilah kita sama2 meMANFAATkan bulan Ramadhan nie.
Pahala berganda kot ! bulan lain tak dapat nie ! hehe

Nak bercerita lebih lanjut, empunya diri tak berapa mahir
tapi ini lah yang dapat ku kongsikan~

Fasa bulan Ramadhan :
10 malam pertama - RAHMAT
10 malam seterusnya - PENGAMPUNAN
10 malam terakhir - PEMBEBASAN DARI API NERAKA

dah biasa dengar kn ? tak pe lah. anggap nie as reminder je kay ;)
again, empunya diri ilmunya limited untuk berkongsi lebih lanjut. what to do?
maaf atas kekurangan.

anyway, hopefully SEMUA umat Islam dapat menjalani ibadah puasa dengan terISI.
ISI dengan mengaji, amalan sunat : mandi sunat jumaat, lmbatkn sahur cepatkn buka, tarawikh dan sebagainya. terlalu lalu lalu banyak amalan yang boleh dilakukan.
and hopefully, kita diberi kekuatan tubuh badan untuk berpuasa juga.

 dan Ramadhan, 
 moga kita bertemu kembali tahun depan 


 - SAYANG, peluang satahun sekali dilepaskan begitu sahaja - 
 * pringatan untuk diri sendiri jugak *

Friday, 12 July 2013

Let's Join Hikayat Violet Sofia Giveaway

Assalamualaikum,


Kawan-kawan semua,
Blog Hikayat Violet Sofia ada buat GIVEAWAY lah !
Marilah kita join sama2 :)

Apa syarat2 dia? ini baca kat link bawah ya.
tak kn nk bg free gitu je. kna lah ada syarat2 dia. ya tak? hehe
alah tak susah pon. senang je.

NOTE : hadiah cik penganjur tuh novel baru tau ! bukan yg 2nd hand punya.

and, sebagai memenuhi syarat ...
sy nk novel nie ya cik penganjur ;)
* if sy berTUAH lah *

Cinta Perisa Dia - Lynn Dayana
ouhh cepat cepat ! Giveaway nie dah start !
Start date : 9 Julai 2013
Expired date : 9th August 2013

Saturday, 6 July 2013

Contest 13 Jam A380 !

Assalamualaikum,



Akhirnya! siap juga Bab 28 nie. Hanya ini yang ku mampu hasilkan :)
Im  not a writer, tapi hanya seorang pembaca novel yang tegar
and this, my FIRST writing yang panjang lebar, yg bukan dalam keadaan stress mcm dlm exam, after tinggalkan dunia SPM dulu.
Time to asah apa yang tumpul and disampaing itu dapat bernyanyi lalalal~
Saya alu-alukan komen anda!
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Haydar! Pucat terus muka Hana. He’s here?! Oh my! Boleh tak kalau pura-pura tak kenal? Hati dan fikirannya mula berperang sesama sendiri. Dia baru sahaja mula bertatih untuk melupakan Haydar, ni dah jumpa balik.

“ Hana… is it you? ” Kejap kejap, tah-tah Haydar dah tidak kenal aku lagi tak?
Hana masih lagi dengan dunianya, melayan segala bentuk pertanyaan yang muncul di kotak fikirannya ketika ini. Pertanyaan Haydar dibiarkan bagai angin lalu.

“ Oh my god! This is really you Hana! How I miss you so much Hana! ” Terkaku Hana bila Haydar tiba-tiba memeluknya. Tak sempat fikirannya untuk membuat keputusan. Ternyata Haydar masih mengingatinya! Hampir menitis air matanya. Betapa dia juga rindukan Haydar. Terlalu rindu. Emmel yang berada dalam dukungan Hana langsung tidak dihiraukan, malahan terasa pelukan Haydar semakin ketat. Terasa seperti di A380. Namun, cepat-cepat pelukan Haydar dilepaskan. Dia tak mahu terus-terusan hanyut begini. Bukankah dia sudah tekad ingin menoktahkan fairy talenya?

Ehm. Ehm. ” Hana berharap suaranya akan kedengaran seperti biasa. Dia tak mahu Haydar sedar yang dia hampir menitiskan air mata. Sebak di dada dikawal sedaya mungkin.

She’s still under age  ” And there you go, Emmel memang dah terpinga-pinga memandang Hana. Tangisannya semakin reda. Terkejut agaknya tiba-tiba dipeluk Haydar. Entah apa lah yang bermain di fikirannya, melihat mummynya berpelukan sakan begini.

Biarpun berpelukan merupakan pandangan biasa di bumi London ini, namun Emmel masih dibesarkan dalam keluarga Islam, yang mengamalkan syariat dan hukum hakam Islam. Hana tak mahu fikiran Emmel bercampur aduk seperti dahulu. Cukup lah hanya sekali dia mempengaruhi Emmel dengan cerita-cerita dongengnya.

Haydar hanya tersengih. Namun sengihannya hanya untuk seketika. “ Ops. Hmm, yours? ” katanya sambil memandang ke arah Emmel.

“ Hah? ohh. Yeseh no! err yesnourgh! ” kelam kabut Hana menjawab. Dahi Haydar didepannya sudah berkerut. Binggung barangkali.  Hana, please calm down. Control yourself. Fikirannya masih belum dapat berfikir dengan sempurna. Penangan pelukan Haydar! Okay Hana, tarik lepas, tarik lepas. Huh!

“ Orally, yes it is. Basically, it is not ” eh?? Hana apa yang kau jawab ni! Ini yang kau dapat lepas kau dok main tarik nafas tuh? Adoh rasa nak ketuk kepala sendiri! Bukan ayat tuh lah yang ada dalam pikirkan aku tadi! Hilang terus rasa sebaknya tadi.

Orally? Basically? ” Haydar dah angkat kening. “ Tak ada rupa you ”

Haydar berkata perlahan tapi masih mampu didengar dek Hana. Terdiam Hana. Memanglah tak! Sebab bukan anak I! Ringan sahaja lidahnya hendak menjawab, tapi memikirkan Emmel, terus dimatikan niatnya.

Entah kenapa, dia seakan mahu Haydar mengetahui perkara yang sebenarnya, dia tidak mahu Haydar salah sangka kepadanya, namun akalnya menidakkan. Mungkin Emmel boleh dijadikan alat untuk menjauhkan dirinya dari Haydra. Siapa tahu yang akan tahu?

Hai little sweetie. What’s your name?Selamba Haydar menarik Emmel dari dukungan Hana. Eh tak meragam pulak Si Emmel ni? Hari tuh dengan Helena bukan main dia meragam. Mungkin sebab Haydar heronya tadi.

“ Emmel ” Antara dengar atau tidak sahaja suara Si Emmel ni. Tenggelam timbul bersama tangisannya yang masih belum berhenti sepenuhnya.

“ Emmel, stop crying honey. Please.pujuk Hana sambil mengesat air mata Emmel. Hish makin lebat pula air mata Emmel ni keluar. Betul lah, orang menagis jangan ditegur, nanti makin lebat.

Terpaksa Hana menjengket sedikit kakinya kerana fizikal Haydar yang sememangnya lebih tinggi darinya. Emmel terus dipujuknya.

You know?

“ Hmm ” Focusnya masih pada Emmel biarpun Emmel kelihatan sudah termakan dengan pujukannya. Tidak sedar mata Haydar yang sedang khusyuk menatapnya.

Sifat keibuaan you… I love it, Hana ” Terhenti terus gerakan Hana. Mata hazel Haydar ditenungnya. “ Dari dulu lagi I suka sifat you yang satu ni ” dan dia dapat rasakan keikhlasan Haydar melalui pandangan matanya itu. Kelu lidahnya untuk membalas.

“ And dengan posisi you macam tadi, orang boleh anggap kita macam parents tengah pujuk anak tau. Jatuh saham I! ” kata Haydar sambil ketawa.

Dan Hana, hanya mampu tersenyum tawar. Hatinya bergolak kembali. Kata-kata selamba Haydar menyentuh tangkai hatinya. Mr Ex, tahukah anda hanya akan menyukarkan lagi saya melepaskan awak? Bergenang air mata Hana
“ Emmel ya. Nice name darlingkata Haydar sambil berjalan ke arah bangku berhampiran dan melabuhkan punggungnya di situ.

Come, seat here Hana Berat hati Hana menapak ke bangku. Kalau boleh dia ingin cepat-cepat beredar dari situ. Takut dirinya tidak mampu lagi menahan. Air mata yang bergenang tadi dikesatnya. You can’t cry Hana! Kau kena kuat!

Hey sweetie. Where's your daddy? Uncle nak berkenalan boleh? ” Hana dah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Haydar. Apa dia cuba nak cuba buat ni? Nak berkenalan dengan Fawwaz?

Daddy is still working, uncle. But, there! Daddy's office! You can find daddy there.kata Emmel sambil menunjuk ke arah The Edge Properties. Bangunan setinggi 26 tingkat itu masih boleh kelihatan dari bangku mereka. Terkejut Hana mendengar balasan Emmel. Sejak bila Emmel terlebih ramah bercerita ni?

Daddy works there? Wow! ” Hana sudah mulai binggung. Tak dapat dia teka apa sebenarnya yang bermain dalam fikiran Si Haydra ini. Apa yang dia nak tau sebenarnya ni?

“ What’s daddy name honey? Uncle ada kawan tau kerja kat sana jugak ” Hana dah mendengus geram. Dia seakan dapat meneka apa yang Haydar inginkan. Jawapan kepada orally dan basically! Yeah, the six sense between them is still stronger.

And dengan Emmel yang terlebih ramah bercerita hari ni, segalanya akan menjadi lebih mudah bagi Haydar. Pandai dia pancing budak kecik bercerita!

Fawazz. Uncle knows my father?!

Okay that is!Stop it Haydar! Jangan main-main macam ni. Ask me directly, can you? tak payah corner sana sini! ”

And you Emmel, you done a great job dear! Terima kasih lah tolong mummy bagi information free kat uncle Haydar ni!, desis hati Hana. Tak sampai hati pula Hana mahu meluahkannya. Dia hanya geram kepada Haydar yang pandai ‘memancing’ bukannya pada Emmel!

“ Main? I tengah buat bancian ni Hana ” katanya sambil ketawa kecil. “ Hana, Hana… you still cute Hana. As always. ” What?! Hana dah buat muka tak puas hati. Sedikit pon dia tak termakan dengan pujian Haydar sebentar tadi.

Explain.

Huh? “ For what? I’m sorry mister. Takut lah you dah lupa. Tapi we’re over, remember? Time to end all this fairy tale. Enggang tak terbang dengan pipit, ingat Hana.

“ Hana….”

“ You’re my sunshine, my only suns… ” Terhenti terus bicara Haydar bila phone Hana berbunyi. Potong stim betul!

“ Fawazz ” terus mata Haydar tepat memnadang ke arah matanya. Tanda tak suka. Hana buat muka toya. Ada aku kisah?

“ Oh you dah selesai ke? Okay I balik office you sekarang…..Eh tak pe. You tak payah datang. Kitaorang dekat area ni je…..hmmm…..Okay, see you there

Butang end call ditekan. “ Got to go. Come Emmel.” Emmel yang di riba Haydar sejak tadi ditariknya supaya berdiri sama dengannya. Haydar ditinggalkan tanpa kata.

Argh!! ” terkejut Hana apabila phone yang dipegangnya tiba-tiba dirampas dari arah belakang.

“ Haydar!! You buat apa nie? ” Hana mengurut dadanya perlahan. Ingatkan pencuri tadi.

“ Kot ya pon you nak buat phone call, mintak elok-elok tak boleh ke? ” Hana menyindir, tapi Haydar tetap tayang muka selambanya.

Now can you give my phone back? Multimillionaire pon tak ada duit ke, desis hati Hana. Tak sempat Hana hendak kembali ‘menyembur’, phone Haydar pula yang berbunyi tapi butang end call ditekanya.

Call me when you’re free. Anytime. ” Phone Hana dikembalikan. Ohh.

You need to explain all this ‘orally’ dear. Must.suaranya sengaja dikeraskan. Jaraknya dengan Hana didekatkan, “ Take care Hana. Seriously I miss you dear. ” bisiknya perlahan di telinga Hana sebelum berlalu pergi.

Menitis juga air mata Hana yang ditahan sejak tadi. “Are you crying mummy?

No dear. Come lets go. Daddy is waiting for us” Air matanya cepat-cepat dikesat. Senyuman plastik ditampal di muka. Dari kecewa nanti, baik kecewa sekarang kan? Hana memujuk hatinya. Better late than never, but the earlier, the better.

~~~~~~~~

Penat. Terasa hari ni, hari yang sangat penat. Pertemuan dengan Haydar petang tadi seakan membawa semangatnya lari bertempiaran. Hanya membangkitkan rasa yang sudah sekian lama cuba dipadamkan. Hanya menambahkan lagi rasa rindu yang sudah menggunung. Hana mengeluh.

Tut.tut.tut.

Dengan malas phone yang berada di sisi katil diambil. Siapa lah manusia yang tak kenal malam ni?

Gambarnya dan Haydar yang sedang mencium pipi baby di A380! ’

Terus terduduk Hana dari baringanya. Haydar!

Tut.tut.tut. Satu lagi message masuk.

Dear, I miss the time you were around. I love the crazy moment we had in the plane, and I love this moment the best. Bring little cutie Emmel next time, so that we can capture photo like this again. Good night Hana©

Again? Haydar, Haydra…. yang menanggung perit endingnya nanti aku Haydar! Jerit hati Hana. Sungguh dia dah tak berdaya. Kerana dia tahu kesudahan ceritanya. Haydar akan kekal bersama Si Model Jelita dan dia, tetap akan berseorangan.

Message dari Haydar dibiarkan tak berbalas. Sudahlah Hana. Berehat lah. Matanya terus dipejam.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
YOU, thanks for reading ya :)