Haydar!
Pucat terus muka Hana. He’s here?! Oh my! Boleh tak kalau pura-pura tak kenal?
Hati dan fikirannya mula berperang sesama sendiri. Dia baru sahaja mula bertatih
untuk melupakan Haydar, ni dah jumpa balik.
“ Hana…
is it you? ” Kejap kejap, tah-tah
Haydar dah tidak kenal aku lagi tak?
Hana
masih lagi dengan dunianya, melayan segala bentuk pertanyaan yang muncul di
kotak fikirannya ketika ini. Pertanyaan Haydar dibiarkan bagai angin lalu.
“ Oh
my god! This is really you Hana! How I
miss you so much Hana! ” Terkaku Hana bila Haydar tiba-tiba memeluknya.
Tak sempat fikirannya untuk membuat keputusan. Ternyata Haydar masih mengingatinya!
Hampir menitis air matanya. Betapa dia juga rindukan Haydar. Terlalu rindu. Emmel yang berada
dalam dukungan Hana langsung tidak dihiraukan, malahan terasa pelukan Haydar
semakin ketat. Terasa seperti di A380. Namun, cepat-cepat pelukan Haydar
dilepaskan. Dia tak mahu terus-terusan hanyut begini. Bukankah dia sudah tekad
ingin menoktahkan fairy talenya?
“
Ehm. Ehm. ” Hana berharap suaranya
akan kedengaran seperti biasa. Dia tak mahu Haydar sedar yang dia hampir
menitiskan air mata. Sebak di dada dikawal sedaya mungkin.
“
She’s still under age ” And there
you go, Emmel memang dah terpinga-pinga memandang Hana. Tangisannya semakin
reda. Terkejut agaknya tiba-tiba dipeluk Haydar. Entah apa lah yang bermain di
fikirannya, melihat mummynya
berpelukan sakan begini.
Biarpun
berpelukan merupakan pandangan biasa di bumi London ini, namun Emmel masih
dibesarkan dalam keluarga Islam, yang mengamalkan syariat dan hukum hakam Islam.
Hana tak mahu fikiran Emmel bercampur aduk seperti dahulu. Cukup lah hanya sekali
dia mempengaruhi Emmel dengan cerita-cerita dongengnya.
Haydar
hanya tersengih. Namun sengihannya hanya untuk seketika. “
Ops. Hmm, yours? ” katanya sambil memandang ke
arah Emmel.
“ Hah? ohh. Yes…eh no! err yes…no…urgh! ” kelam
kabut Hana menjawab. Dahi Haydar didepannya sudah berkerut. Binggung
barangkali. Hana, please calm down.
Control yourself. Fikirannya masih belum dapat berfikir dengan sempurna. Penangan
pelukan Haydar! Okay Hana, tarik lepas, tarik lepas. Huh!
“ Orally, yes it is. Basically, it is not ”
eh?? Hana apa yang kau
jawab ni! Ini yang kau dapat lepas kau dok main tarik nafas tuh? Adoh rasa nak
ketuk kepala sendiri! Bukan ayat tuh lah yang ada dalam pikirkan aku tadi! Hilang
terus rasa sebaknya tadi.
“ Orally? Basically? ”
Haydar dah angkat kening. “ Tak ada rupa you ”
Haydar berkata perlahan
tapi masih mampu didengar dek Hana. Terdiam Hana. Memanglah tak! Sebab bukan anak
I! Ringan sahaja lidahnya hendak menjawab, tapi memikirkan Emmel, terus dimatikan niatnya.
Entah kenapa, dia seakan mahu Haydar mengetahui perkara yang
sebenarnya, dia tidak mahu Haydar salah sangka kepadanya, namun akalnya
menidakkan. Mungkin Emmel boleh dijadikan alat untuk menjauhkan dirinya dari
Haydra. Siapa tahu yang akan tahu?
“ Hai little sweetie. What’s your name? ” Selamba Haydar menarik
Emmel dari dukungan Hana. Eh tak meragam pulak Si Emmel ni? Hari tuh dengan Helena
bukan main dia meragam. Mungkin sebab Haydar heronya tadi.
“ Emmel ” Antara dengar atau tidak sahaja suara Si Emmel ni. Tenggelam
timbul bersama tangisannya yang masih belum berhenti sepenuhnya.
“ Emmel, stop crying honey. Please. ” pujuk
Hana sambil mengesat air mata Emmel. Hish makin lebat pula air mata Emmel ni keluar.
Betul lah, orang menagis jangan ditegur, nanti makin lebat.
Terpaksa Hana menjengket sedikit kakinya kerana fizikal Haydar
yang sememangnya lebih tinggi darinya. Emmel terus dipujuknya.
“ You know? ”
“ Hmm ” Focusnya masih pada Emmel biarpun Emmel kelihatan sudah
termakan dengan pujukannya. Tidak sedar mata Haydar yang sedang khusyuk menatapnya.
“ Sifat keibuaan you… I love
it, Hana ” Terhenti terus gerakan Hana. Mata hazel Haydar ditenungnya. “ Dari dulu lagi I suka sifat you yang
satu ni ” dan dia dapat rasakan keikhlasan Haydar melalui pandangan matanya itu. Kelu lidahnya untuk membalas.
“ And dengan posisi you macam tadi, orang boleh anggap kita macam
parents tengah pujuk anak tau. Jatuh saham
I! ” kata Haydar sambil ketawa.
Dan Hana, hanya mampu tersenyum tawar. Hatinya bergolak kembali. Kata-kata
selamba Haydar menyentuh tangkai hatinya. Mr Ex, tahukah anda hanya akan
menyukarkan lagi saya melepaskan awak? Bergenang air mata Hana
“ Emmel ya. Nice name darling ” kata Haydar sambil berjalan ke
arah bangku berhampiran dan melabuhkan punggungnya di situ.
“ Come, seat here Hana ” Berat hati Hana menapak ke bangku. Kalau boleh dia
ingin cepat-cepat beredar dari situ. Takut dirinya tidak mampu lagi menahan. Air
mata yang bergenang tadi dikesatnya. You
can’t cry Hana! Kau kena kuat!
“ Hey
sweetie. Where's your daddy? Uncle nak berkenalan boleh? ” Hana dah mengerutkan dahi mendengar kata-kata Haydar. Apa dia cuba nak cuba buat ni?
Nak berkenalan dengan Fawwaz?
“ Daddy is still working, uncle. But, there! Daddy's
office! You can find daddy there. ” kata Emmel sambil menunjuk ke arah The Edge
Properties. Bangunan setinggi 26 tingkat itu masih boleh kelihatan
dari bangku mereka. Terkejut Hana mendengar balasan Emmel. Sejak bila Emmel terlebih
ramah bercerita ni?
“ Daddy works there? Wow!
” Hana sudah mulai binggung. Tak dapat dia teka apa sebenarnya yang bermain
dalam fikiran Si Haydra ini. Apa yang dia nak tau sebenarnya ni?
“ What’s daddy
name honey? Uncle ada kawan tau kerja kat sana jugak ” Hana
dah mendengus geram. Dia seakan dapat meneka apa yang Haydar
inginkan. Jawapan kepada orally dan basically! Yeah, the six sense between them is still stronger.
And dengan Emmel yang terlebih ramah bercerita hari ni, segalanya
akan menjadi lebih mudah bagi Haydar. Pandai dia pancing budak kecik bercerita!
“ Fawazz. Uncle knows my father?! ”
Okay that is! “ Stop
it Haydar! Jangan main-main macam ni. Ask me directly, can you? tak payah corner sana
sini! ”
And you Emmel, you done a great job dear! Terima kasih lah tolong mummy bagi information free kat uncle Haydar ni!, desis hati Hana. Tak sampai hati pula Hana mahu
meluahkannya. Dia hanya geram kepada Haydar yang pandai ‘memancing’ bukannya pada Emmel!
“ Main? I tengah buat bancian ni Hana ” katanya sambil ketawa
kecil. “ Hana, Hana… you still cute Hana. As always. ” What?! Hana dah buat muka tak puas hati. Sedikit pon dia tak
termakan dengan pujian Haydar sebentar tadi.
“ Explain. ”
Huh? “ For what? I’m sorry
mister. Takut lah you dah lupa. Tapi we’re over, remember? ” Time
to end all this fairy tale. Enggang tak terbang dengan pipit, ingat Hana.
“ Hana….”
“ You’re my sunshine, my only suns… ” Terhenti terus bicara Haydar
bila phone Hana berbunyi. Potong stim betul!
“ Fawazz ” terus mata Haydar tepat memnadang ke arah matanya. Tanda
tak suka. Hana buat muka toya. Ada aku kisah?
“ Oh you dah selesai ke? Okay I balik office you sekarang…..Eh tak pe. You tak payah datang. Kitaorang dekat
area ni je…..hmmm…..Okay, see you there ”
Butang end call ditekan. “ Got
to go. Come Emmel.” Emmel yang di riba Haydar sejak tadi ditariknya supaya
berdiri sama dengannya. Haydar ditinggalkan tanpa kata.
“ Argh!! ” terkejut Hana apabila phone yang dipegangnya tiba-tiba
dirampas dari arah belakang.
“ Haydar!! You buat apa nie? ” Hana mengurut dadanya perlahan.
Ingatkan pencuri tadi.
“ Kot ya pon you nak buat phone call, mintak elok-elok tak boleh ke? ”
Hana menyindir, tapi Haydar tetap tayang muka selambanya.
“ Now can you give my phone
back? ” Multimillionaire pon tak ada duit ke, desis hati Hana. Tak sempat Hana hendak kembali
‘menyembur’, phone Haydar pula yang berbunyi
tapi butang end call ditekanya.
“ Call me when you’re free. Anytime.
” Phone Hana dikembalikan. Ohh.
“ You need to explain all
this ‘orally’ dear. Must. ” suaranya
sengaja dikeraskan. Jaraknya dengan Hana didekatkan, “ Take care Hana. Seriously I miss you dear. ” bisiknya perlahan di telinga
Hana sebelum berlalu pergi.
Menitis juga air mata Hana yang ditahan sejak tadi. “Are you crying mummy?”
“No dear. Come lets go.
Daddy is waiting for us” Air matanya cepat-cepat dikesat. Senyuman plastik
ditampal di muka. Dari kecewa nanti, baik kecewa sekarang kan? Hana memujuk hatinya.
Better late than never, but the earlier,
the better.
~~~~~~~~
Penat. Terasa hari ni, hari yang sangat penat. Pertemuan dengan
Haydar petang tadi seakan membawa semangatnya lari bertempiaran. Hanya
membangkitkan rasa yang sudah sekian lama cuba dipadamkan. Hanya menambahkan
lagi rasa rindu yang sudah menggunung. Hana mengeluh.
Tut.tut.tut.
Dengan malas phone yang berada di sisi katil diambil. Siapa
lah manusia yang tak kenal malam ni?
‘ Gambarnya dan Haydar yang sedang mencium pipi baby di A380! ’
Terus terduduk Hana dari baringanya. Haydar!
Tut.tut.tut. Satu lagi message
masuk.
Dear, I miss the time you were around. I
love the crazy moment we had in the plane, and I love this moment the best.
Bring little cutie Emmel next time, so that we can capture photo like this
again. Good night Hana©
Again? Haydar, Haydra…. yang menanggung perit endingnya nanti aku Haydar! Jerit hati
Hana. Sungguh dia dah tak berdaya. Kerana dia tahu kesudahan ceritanya. Haydar
akan kekal bersama Si Model Jelita dan dia, tetap akan berseorangan.
Message dari Haydar dibiarkan tak berbalas. Sudahlah Hana. Berehat
lah. Matanya terus dipejam.